Search This Blog

Tuesday, December 16, 2014

Suami isteri maut dalam nahas



ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam Nissan Grand Livina yang remuk selepas berlanggar dengan sebuah treler di Jalan Teluk Intan-Klang dekat Pasir Panjang, Sabak Bernam malam kelmarin.


SABAK BERNAM – Kegembiraan tiga beranak meraikan majlis perkahwinan saudara berakhir dengan tragedi apabila pasangan suami isteri tersebut maut manakala anak mereka cedera parah setelah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 63, Jalan Teluk Intan-Klang berhampiran Pasir Panjang di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 11.20 malam itu, Barmin Bakri, 57, dan isterinya, Siti Ngainon Jariah Yasin, 51, meninggal dunia selepas kenderaan pelbagai guna jenis Nissan Grand Livina yang mereka naiki merempuh sebuah treler yang secara tiba-tiba keluar dari simpang tiga berdekatan pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang cawangan Sabak Bernam.
Anak perempuan pasangan tersebut, Anisah Syafiqah, 20, bagaimanapun terselamat namun mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan akibat kemalangan tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1216&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3M0WWCCpB 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment