Search This Blog

Monday, December 1, 2014

Sepasang tangan dalam parit

Oleh Errah Amran.
ANGGOTA polis membungkus tangan dan kaki yang ditemui.
.
Tangan yang ditemui terapung dalam parit.

Nibong Tebal: Sepasang tangan dan kaki kiri manusia ditemui di dalam parit di kawasan Perindustrian Industri Kecil dan Sederhana Simpang Ampat, di sini, 7 malam tadi.

Tangan dan kaki yang terapung itu ditemui orang awam yang melalui kawasan terbabit yang kemudiannya membuat laporan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner I Mazlan Kesah berkata, penemuan anggota badan berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan kaki kanan manusia yang ditemui semalam.

"Kedua-dua tangan dan kaki kiri itu dipercayai ada kaitan dengan kaki kanan yang ditemui di kawasan berhampiran berdasarkan cebisan seluar yang sama.

"Bagaimanapun, siasatan akan diteruskan dan kami sedang mencari bahagian lain badan mangsa," katanya.

Anggota badan berkenaan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Semalam, kaki kanan manusia ditemui terapung dalam tali air di parit Paya Mahang, Sungai Bakap kira-kira dua kilometer dari lokasi penemuan malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Disember 2014 @ 12:26 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/13085#sthash.Yg9SuVEo.dpuf

No comments:

Post a Comment