Search This Blog

Sunday, December 7, 2014

Seludup kokain dalam perut anjing


Lima: Seorang lelaki Mexico ditahan kerana cuba menyeludup 2.9 kilogram kokain ke negaranya di dalam perut dua ekor anjing baka St Bernard.
Pihak berkuasa Peru berkata, seekor anjing berkenaan mati.
Ketua polis tempatan Basilio Grossman berkata, dadah berkenaan disumbatkan ke dalam perut anjing itu menerusi satu pembedahan di kamar sebuah hotel.
Pakar veterinar polis mengeluarkan bungkusan dadah itu dari anjing jantan bernama Bombon dan yang betina, Lola.
Akibat dari cubaan itu, kedua-dua haiwan itu sakit teruk, termasuk demam dan muntah.
Bombong mati kelmarin.
Pihak berkuasa berkata, Giussepe Tombolan, 22, ditangkap Khamis lalu, beberapa minggu selepas dia tiba di Peru bersama-sama anjing berkenaan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Disember 2014 @ 5:03 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/14371#sthash.dxtF1tjr.dpuf

No comments:

Post a Comment