AHLI keluarga penumpang pesawat AirAsia Indonesia berkumpul di Lapangan Terbang Juanda, Surabaya untuk menunggu berita kehilangan pesawat itu.
KUCHING – Seorang ahli perniagaan Malaysia dari Sarawak dikenal pasti sebagai salah seorang daripada 162 orang penumpang yang berada dalam pesawat AirAsia Indonesia yang dilaporkan hilang selepas berlepas dari Surabaya, Indonesia semalam.
Sii Chung Huei, 56, dari Sibu dan menetap di Taman BDC, Stampin di sini kerap berulang-alik dari Jakarta dan negara ini kerana mempunyai perniagaan di republik itu.
Difahamkan, Chung Huei mempunyai tiga orang anak dan kesemua anak-anaknya menetap di luar negara. Isteri Chung Huei pula dikatakan seorang pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1229&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3NF5S7mzs
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment