Search This Blog

Monday, December 29, 2014

Polis ronda gagal cubaan samun pasar raya di Senawang


Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun.
SEREMBAN: Tiga penjenayah dipercayai warga Indonesia berputih mata apabila gagal melarikan barangan berharga dari sebuah pasar raya di Senawang dekat sini, dalam satu cubaan samun, awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun, berkata dalam kejadian 1.49 pagi itu, dua anggota polis yang sedang meronda di kawasan pasar raya itu menyedari perbuatan mereka menyebabkan suspek melarikan diri tanpa sempat mengambil barangan berharga.
"Anggota polis terbabit yang mengesan perbuatan mereka cuba bertindak mengejar suspek dengan bantuan unit lain tetapi gagal. Suspek melarikan diri secara berasingan dan tidak menggunakan kenderaan. Usaha mengesan mereka sedang dilakukan," katanya di sini, hari ini.
Katanya, sebelum itu, ketiga-tiga suspek yang bertopeng, bersarung tangan serta menggunakan dua bilah parang dan kuku kambing dikatakan merempuh dan memasuki bilik kamera litar tertutup (CCTV) pasar raya itu yang terdapat terdapat dua pengawal keselamatan di dalamnya.
"Seorang daripada pengawal keselamatan itu yang cuba melawan telah ditumbuk, sebelum suspek mengikat kedua-dua pengawal keselamatan berumur 50 dan 59 tahun itu," katanya.
"Dua suspek itu kemudian dikatakan keluar dari bilik CCTV, manakala seorang lagi mengawal dua pengawal keselamatan itu. Pada masa sama, dua anggota polis meronda di pasar raya itu dan setelah menyedari kehadiran polis menyebabkan suspek melarikan diri tanpa sempat mengambil apa-apa barangan berharga," katanya.
Muhamad Zaki Beliau berkata, polis sedang meneliti rakaman CCTV bagi mengenal pasti suspek.
Sehubungan itu, beliau berkata polis akan memperhebatkan rondaan terutama di tempat yang kerap menjadi sasaran penjenayah.
- BERNAMA

No comments:

Post a Comment