Search This Blog

Monday, December 1, 2014

Polis cekup dua lelaki aktif pecah rumah, curi kenderaan



Munusamy (dua kiri) menunjukkan barangan yang berjaya dirampas daripada dua lelaki pada sidang akhbar di IPD Sentul semalam.


KUALA LUMPUR – Kelicikan dua lelaki yang aktif melakukan jenayah pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar Lembah Klang sejak empat tahun lalu berakhir apabila mereka diberkas di sebuah kedai aksesori kereta di Jalan Tebing Timur, Jinjang Utara di sini Jumaat lalu.
Difahamkan, sebelum kejadian 6.50 petang itu, kedua-dua suspek berusia 23 tahun itu dikatakan telah memecah masuk sebuah rumah di Sri Petaling, Brickfields sebelum melarikan sebuah kereta jenis Mercedes-Benz.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, kejadian rumah dipecah masuk itu hanya disedari jiran mangsa kira-kira pukul 3.50 petang hari yang sama sebelum memaklumkan perkara itu kepada pemilik rumah berkenaan yang kemudian membuat laporan polis.
“Sepasukan polis cegah jenayah dari Balai Polis Jinjang kemudian berjaya mengesan kedua-dua suspek semasa mereka memberhentikan kereta yang dicuri di sebuah kedai aksesori kenderaan dipercayai untuk menempah nombor plat palsu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3Kapao1EZ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment