Search This Blog

Monday, December 1, 2014

Penunggang motosikal lemas dihanyut arus


ALOR GAJAH – Seorang lelaki lemas selepas dihanyutkan arus deras banjir ketika menunggang motosikal di belakang kilang Mardex, Durian Tunggal dekat sini semalam.
Kejadian kira-kira pukul 1.45 petang itu berlaku ketika mangsa, Mohd. Zaki Mohd. Yasin, 30, dalam perjalanan pulang dari Durian Tunggal ke rumahnya di Kampung Bukit Balai.
Timbalan Penguasa Bomba negeri, Kamaruzaman Mohd. Din memberitahu, ketika sampai ke tempat kejadian mangsa cuba menyeberang tebing yang digenangi air banjir sedalam kira-kira 0.15 meter.
“Bagaimanapun, air deras telah menghanyutkan mangsa serta motosikalnya.
“Ketika kejadian ada saksi cuba membantu mangsa tetapi gagal kerana arus terlalu deras,” kata nya ketika ditemui di sini semalam.
Jelasnya, kerja-kerja mencari dan menyelamat dilakukan sejurus pihaknya menerima panggilan kecemasan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3KapVhonQ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment