Aksi Tumuhiirwe memijak anak majikannya telah dirakam kamera yang disembunyikan. Gambar kecil Aneela Kamanzi.
Aksi Tumuhiirwe memijak anak majikannya telah dirakam kamera yang disembunyikan. Gambar kecil Aneela Kamanzi.
TINDAKAN seorang pengasuh kejam yang mendera anak majikannya Aneela Kamanzi, 2, akhirnya terbongkar selepas kegiatannya itu diketahui bapa mangsa melalui rakaman kamera litar tertutup yang dipasang di rumahnya.

Susulan pembongkaran itu, Jolly Tumuhiirwe, 22, ditahan selepas rakaman menunjukkan dia mencampakkan Aneela ke lantai sebelum bertindak memukul, menyepak dan memijak kanak-kanak itu.

Menurut laporan awal, Aneela dilaporkan meninggal dunia akibat serangan pada 15 November lalu, namun penyiasat mendapati kanak-kanak itu masih hidup dan telah pulih daripada kecederaan dialami.

Berang dengan apa yang dilakukan Tumuhiirwe terhadap anaknya, Erick Kamanzi membelasah wanita itu dan ditangkap selepas Tumuhiirwe membuat laporan polis. Bagaimanapun, dia dilepaskan selepas menunjukkan rakaman terbabit.

Difahamkan, akibat serangan Kamanzi, Tumuhiirwe kini terpaksa menggunakan kerusi roda dan tiub saluran makanan untuk makan.

Tumuhiirwe, yang telah bekerja dengan keluarga Kamanzi sejak tiga bulan lalu didakwa mengikut Akta Anti penyeksaan dan bakal dikenakan tuduhan membunuh, laporan dipetik dari Daily Mail.