Pemandu rakyat Brunei pula mencatatkan jumlah kedua tertinggi saman tertunggak sepanjang tempoh sama iaitu sebanyak 48,179 saman, diikuti warga Thailand (17,654), Indonesia (2,614) dan lain-lain negara sebanyak 456,402 saman.
Sehubungan itu, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd. Fuad Abdul Latiff meminta pemandu warga asing yang memiliki saman tertunggak agar menjelaskannya segera sebelum memasuki ke negara ini bagi mengelakkan dikenakan tindakan. – UTUSAN ONLINE