Search This Blog

Thursday, December 11, 2014

Pegawai kanan dipenjara seumur hidup

Langfang: Seorang pegawai kanan perancang ekonomi China dipenjara seumur hidup selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah.
Keputusan terhadap Liu Tienan, bekas timbalan pengarah Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan, agensi perancang ekonomi utama negara itu adalah langkah terbaru kempen antirasuah kerajaan China.
“Dia didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan dihukum penjara seumur hidup,” kata Mahkamah Rakyat Langfang dalam akaun Twitternya.
Liu yang sebelum ini didakwa menerima rasuah berjumlah 35.58 juta yuan (|RM20 juta). Dia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup itu walaupun disyorkan oleh pendakwa raya supaya diberi hukuman ringan atas alasan dia mengaku bersalah pada perbicaraannya September lalu.
“Mahkamah mendapati defendan Liu Tienan, selaku kakitangan kerajaan, menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan keuntungan, menerima wang tunai atau hadiah daripada orang lain, secara langsung atau menerusi anaknya, Liu Decheng,” menurut kenyataan mahkamah itu.
Kes Liu berbeza dengan tuduhan rasuah ke atas pegawai lain kerana dakwaan terhadapnya mula dibuat oleh wartawan, Luo Changping.
Luo pula memperoleh maklumat mengenai kegiatan Liu daripada wanita simpanannya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 5:09 AM


LIU (tengah) ketika dijatuhi hukuman di mahkamah di Langfang, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15270#sthash.UWX82Fyq.dpuf

No comments:

Post a Comment