Search This Blog

Thursday, December 11, 2014

Nyaris maut bas terbakar

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor
Kluang : Seorang pemandu bas berdepan detik cemas apabila bas dua tingkat dipandunya musnah terbakar di Kilometer 51.1 Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran Simpang Renggam, di sini, kira-kira 6.40 pagi ini.
Dalam kejadian itu, bas berkenaan dari Batu Pahat dalam perjalanan menuju ke Johor Bahru tidak membawa penumpang.
Jurucakap Bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.40 pagi sebelum 11 anggota dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam serta Ayer Hitam bergegas ke tempat kejadian.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan dipercayai kebakaran berpunca bahagian enjin yang disedari pemandu selepas melihat kepulan asap dari cermin sisi.
"Bas berkenaan tidak membawa penumpang dan pemandu yang berusia dalam lingkungan 30 tahun tidak mengalami kecederaan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Disember 2014 @ 11:11 AM


FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15144#sthash.b4b2HHVL.dpuf

No comments:

Post a Comment