Search This Blog

Monday, December 29, 2014

Mayat lelaki bergari ditemui



ANGGOTA polis mengusung mayat mangsa yang ditemui dalam keadaan bergari di dusun buah-buahan berhampiran kawasan perumahan Jalan Semarak Api, Bandar Baru Air Itam, George Town semalam.


GEORGE TOWN – Mayat seorang lelaki dengan kedua-dua belah tangannya bergari di hadapan serta terdapat kesan tikaman pada dada dan pipi ditemui di dusun buah-buahan berhampiran kawasan perumahan Jalan Semarak Api, Bandar Baru Air Itam di sini semalam.
Mayat lelaki dipercayai warga asing yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui dalam keadaan terlentang oleh penduduk berhampiran kira-kira pukul 1 petang sebelum melaporkan kepada pihak polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an dan lengkap berpakaian telah diserang lebih daripada seorang suspek menggunakan senjata tajam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1229&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3NF4seSTq 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment