Search This Blog

Monday, December 1, 2014

Maut tersepit celah tiang


BEGINILAH keadaan Norazam yang maut selepas tersepit antara tiang dan pintu van miliknya di pekarangan lobi pejabat MAIM, Bukit Palah, Melaka kelmarin.


MELAKA – Seorang pembantu am Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) maut apabila tersepit di antara pintu van dan tembok pekarangan lobi pejabat MAIM di Bukit Palah di sini kelmarin.
Kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu berlaku ketika mangsa, Norazam Abd. Razak, 43, yang berdiri di luar cuba menghidupkan van miliknya jenis Ford Econovan dalam keadaan gear belum dineutralkan.
Perbuatan itu mengakibatkan van tersebut terlajak ke depan dan mangsa tersepit sebelum meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di dada.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah memberitahu, ketika kejadian, mangsa baru selesai memunggah barang dari van berkenaan.
“Ketika hendak beredar, mangsa cuba menghidupkan kenderaan tersebut tetapi terlupa gear van tersebut belum dineutralkan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3KapviSHi 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment