Search This Blog

Monday, December 1, 2014

Mati ditembak angkara anjing


Bangkok: Seorang lelaki mati ditembak, manakala isterinya cedera parah dalam kejadian dipercayai berpunca daripada pertikaian mengenai anjing, kata polis semalam.
Pegawai kanan polis Bangkok, Piyapan Pingmuang berkata, Nantapong Phrom-iam, 34, ditemui terbaring di luar rumahnya di daerah Prawet.
“Isteri mangsa, Rasarind Thirathon, 41, sempat diselamatkan tetapi mengalami kecederaan parah,” katanya.
Menurut Piyapan, Rasarind dikejarkan ke hospital dan sehingga semalam masih dirawat.
“Polis menahan seorang lelaki warga emas, Adul lam-mee, yang juga jiran pasangan suami isteri terbabit,” katanya.
Menurut polis Adul lam-mee berusia 66 tahun.
Sementara itu saksi berkata, Adul memang sering bertengkar dengan pasangan terbabit kerana anjing mereka sering mengganggu dengan suaranya yang bising.
Sumber berkata, Rasarind dan Piyapan memelihara dua ekor anjing, masing-masing jenis shih tzu dan poodle, manakala Adul memiliki anjing labrador.
“Ada saksi mendakwa Adul melepaskan tiga das tembakan selepas dia bertengkar dengan jiran itu,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Disember 2014 @ 5:06 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/13172#sthash.au2oCdZe.dpuf

No comments:

Post a Comment