Search This Blog

Sunday, December 7, 2014

Mati dirempuh kereta api


Bangkok: Seorang wanita berusia 51 tahun mati selepas dilanggar kereta api di daerah Tha Maka di wilayah Kanchanaburi, kelmarin.
Saksi memberitahu polis, mereka melihat wanita itu yang dikenal pasti sebagai Phakjira Ngamsiriworakul asyik bercakap menerusi telefon bimbitnya ketika melintas landasan kereta api di kawasan berkenaan.
Dia dilanggar kereta api yang datang dari Bangkok menuju ke Kanchanaburi.
Jurucakap polis, Sophon Klanpholrang berkata, pihaknya menemui sehelai kertas pada mayat mangsa yang tertulis ‘Loy Ngamsiriworakul, lahir 1932, mati 2 Disember 2014,’ dan satu set kunci kereta.
Polis mengesyaki Loy ialah bapa wanita itu. Phakjira dipercayai datang ke kawasan itu untuk membeli makanan sempena majlis pengebumian Loy.
Polis berkata, beberapa kedai di sepanjang landasan berkenaan mungkin menghalang pemandangan mangsa sehingga dia tidak dapat melihat kereta api yang datang.
Phakjira juga disalahkan kerana leka berbual menerusi telefon bimbitnya sehingga tidak menyedari kedatangan kereta api itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Disember 2014 @ 5:03 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/14370#sthash.ddZCpd5f.dpuf

No comments:

Post a Comment