Search This Blog

Monday, December 29, 2014

Mati akibat gas pemanas air


Cianjur: Seorang wanita mati selepas dipercayai mengalami keracunan gas karbon monoksida yang keluar dari alat pemanas air di kamar mandi sebuah vila tempat mereka bercuti.
Sebelum itu, mangsa, Rina Triani ditemui pengsan bersama-sama suaminya Rio Adiyta di bilik air itu.
Mereka kemudian dibawa ke hospital dan kedua-duanya dilapor koma.
Doktor berjaya menyelamatkan Rio, tetapi Rina meninggal dunia beberapa jam kemudian, kata seorang anggota keluarga mangsa.
Keluarga pasangan suami isteri itu masih menunggu hasil siasatan polis sementara laporan lain mendakwa, vila berkenaan dipercayai milik seorang bekas menteri. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Disember 2014 @ 5:11 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19774#sthash.YgDiBAyq.dpuf

No comments:

Post a Comment