Search This Blog

Thursday, December 11, 2014

Mangsa culik Abu Sayyaf dibebaskan


KOTA KINABALU – Setelah 176 hari berada dalam tawanan pengganas Abu Sayyaf, pemilik pusat ternakan ikan dalam sangkar, Chan Sai Chiun (gambar) dibebaskan semalam.
Sai Chiun dari Ipoh, Perak tiba di Sandakan pada pukul 6.45 pagi tanpa sebarang kecederaan sebelum terus dibawa ke hospital untuk tujuan pemeriksaan.
“Mangsa dibebaskan selepas perbincangan dengan kumpulan Abu Sayyaf sebelum dia meninggalkan Pulau Jolo di Filipina menaiki bot laju,” kata sumber itu di sini semalam.
Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada pembebasan tersebut melibatkan bayaran wang tebusan atau sebaliknya.
Sebelum ini, isteri mangsa mendakwa penculik meminta wang tebusan RM10 juta sebelum dikurangkan kepada RM3 juta.
Dalam kejadian pukul 12.40 pagi, 16 Julai lalu, Sai Chiun diculik oleh empat lelaki bersenjata di pusat ternakan yang diusahakan mangsa di Kampung Air Sapang, 10 kilometer dari pekan Kunak.
Kejayaan pembebasan Sai Chiun merupakan yang ketiga dalam empat siri penculikan yang berlaku di Pantai Timur Sabah pada tahun ini.
Mangsa yang masih ditawan kumpulan Abu Sayyaf kini melibatkan seorang anggota polis marin Konstabel Zakia Aliep.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1211&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3LXxTm9U5 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment