Individu yang dicari polis bagi membantu siasatan insiden pergaduhan penyokong bola sepak Malaysia dan Vietnam di Stadium Shah Alam semasa perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014.
SHAH ALAM – Lima daripada 15 lelaki yang dicari bagi membantu siasatan berhubung insiden penyokong Vietnam diserang ketika berlangsung perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam pada malam Ahad lalu tampil memberi keterangan kepada polis.
Difahamkan kelima-lima lelaki warga tempatan itu masing-masing tampil di balai polis di Johor, Cheras, Pudu, Gombak dan Shah Alam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan daripada setiap lelaki terbabit sebelum mereka kemudian dibenarkan pulang selepas selesai memberi keterangan.
Menurut beliau, kesemua lelaki itu bukan suspek dalam insiden tersebut sebaliknya mereka dicari bagi membantu polis mencari dalang kejadian kekecohan itu.
“Semalam (kelmarin) kita mengedar 12 keping gambar daripada 15 lelaki yang dicari tetapi selepas semakan didapati terdapat dua gambar tersebut merupakan milik individu sama.
“Namun, siasatan lanjut polis kemudian mengenal pasti seorang lagi individu lain yang dipercayai boleh membantu siasatan polis.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1211&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3LXxIBwD0
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment