Search This Blog

Tuesday, December 16, 2014

Lapan Ditahan Kes Curi Karya Seni RM1.5 Juta


Diterbitkan: Selasa, 16 Disember 2014 3:26 PM
Chen Shi Jie (kiri) dan Ketua Polis Daerah Sepang ACP Mohd Yusoff Awang melihat lukisa-lukisan yang ditemui semula yang bernilai RM1.5 juta. -foto SAMUEL ONG/THE STAR

SEPANG: Polis menahan lapan suspek berhubung kehilangan enam lukisan bernilai RM1.5 juta.

Lukisan tersebut, karya Chen Shi Jie memenangi anugerah Republik Rakyat China (PRC)  sepatutnya dipamerkan di Festival Kesenian Antarabangsa Sasaran di Kuala Selangor pada bulan November.

Walau bagaimanapun lukisan-lukisan tersebut hilang dari kawasan tuntutan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 20 November.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Yusoff Awang berkata, suspek yang berusia antara 19 dan 59 tahun, telah ditangkap di antara 6 Disember dan 9 Disember di beberapa kawasan di Kuala Lumpur.

"Kami menangkap suspek pertama, yang merupakan seorang pelukis berusia 44 tahun, pada 6 Disember. Tujuh yang lain ditahan dalam tempoh tiga hari.

"Salah seorang daripada mereka adalah seorang pemilik galeri, yang mempunyai gelaran 'Datuk'.

"Kami menemui lukisan itu di rumah Datuk itu di Damansara," katanya.

Yusoff menjelaskan, di antara lapan suspek, dua daripada mereka adalah pensyarah di institusi awam dan swasta, manakala yang lain terlibat dalam industri seni.

Suspek terdiri daripada empat lelaki dan empat wanita.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

No comments:

Post a Comment