Insiden nahas pesawat Beechcraft King Air 200 turut mengorbankan Trajkovski (gambar kecil) bersama enam penasihat beliau.
Insiden nahas pesawat Beechcraft King Air 200 turut mengorbankan Trajkovski (gambar kecil) bersama enam penasihat beliau.
SKOPJE -  MACEDONIA . Insiden nahas pesawat yang telah meragut nyawa Presiden Macedonia, Boris Trajkovski bersama lapan penumpang lain di Bosnia pada 26 Februari 2004 didakwa berpunca daripada kesilapan juruterbang, menurut laporan siasatan antarabangsa, kelmarin.

Ketua Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa, Omer Kulic mengesahkan beberapa kesilapan sistematik juruterbang didapati menjadi punca utama pesawat itu terhempas ketika ia cuba mendarat di lapangan terbang Mostar di selatan Bosnia.

"Juruterbang terbabit sepatutnya menghala ke Dubrovnik di pantai Adriatik selatan atau Sarajevo kerana radar di lapangan terbang Mostar tidak berfungsi ketika itu," jelasnya.

Sementara itu, seorang lagi pegawai penyiasat mendedahkan agensi pengangkutan udara awam Macedonia telah memberikan kebenaran terbang kepada pesawat itu walaupun ia belum menjalani proses penyelenggaraan rutin.   - AFP