Search This Blog

Monday, December 1, 2014

Juruterbang Lufthansa Lancar Mogok Mulai Isnin


Diterbitkan: Ahad, 30 November 2014 8:02 PM

BERLIN: Sekumpulan juruterbang syarikat penerbangan utama Jerman, Lufthansa kembali melancarkan mogok bermula Isnin berikutan pertikaian yang berterusan dengan syarikat penerbangan itu mengenai faedah persaraan kakitangan.
Kesatuan Kokpit Vereinigung dalam satu kenyataan berkata, mogok itu akan melibatkan penerbangan jarak pendek dan sederhana di sekitar Jerman bermula tengah hari Isnin sehingga tengah malam Selasa.
Menurut kenyataan itu, mogok yang dilancarkan itu turut akan menjejaskan perkhidmatan jarak jauh. - AFP

No comments:

Post a Comment