Search This Blog

Monday, December 29, 2014

Jokowi kesal kejadian tembak

Jakarta: Presiden Joko Widodo (Jokowi) semalam mengecam kejadian tembakan di wilayah Papua awal bulan ini yang mengakibatkan lima orang awam terbunuh.
Jokowi yang melawat wilayah paling timur Indonesia itu untuk sambutan Krismas peringkat nasional berkata, kejadian di bandar Enarotali di daerah Paniai pada 8 Disember lalu amat dikesali dan tidak boleh diterima.
Dalam kejadian berkenaan, pasukan keselamatan Indonesia melepaskan tembakan ke arah 800 orang yang menunjuk perasaan secara aman, termasuk wanita dan kanak-kanak.
Lima orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 17 lagi cedera, termasuk murid sekolah rendah, lapor Human Rights Watch.
Jokowi yang berucap di Stadium Mandala di Jayapura kelmarin, turut menyuarakan rasa simpati terhadap keluarga mangsa.
“Saya mahu kes ini diselesaikan segera supaya tidak berulang pada masa akan datang,” katanya,
Jokowi berkata, dia mahukan keamanan di Papua.
“Saya mahu sesuatu yang baik hasil lawatan ini. Saya mahu mendengar luahan hati rakyat dan bersedia berdialog demi masa depan yang lebih baik untuk Papua,” katanya.
Beliau berikrar kerajaannya akan peka kepada keperluan penduduk Papua untuk menyelesaikan konflik di rantau itu.
“Pada saya, penduduk Papua bukan saja memerlukan penjagaan kesihatan, pendidikan, pembinaan jalan serta jambatan, tetapi juga mahu didengar.
“Itu yang akan saya lakukan dalam menangani isu di Papua,” katanya.
Keadaan tegang berterusan antara penduduk Papua dengan pasukan keselamatan sejak Indonesia menguasai wilayah itu pada 1969.
Penduduk Papua sebelum ini menggesa Jokowi membatalkan rancangannya menyambut Krismas di wilayah itu berikutan reaksinya yang dianggap tidak serius terhadap peritiwa berkenaan, antara kejadian paling buruk membabitkan tentera Indonesia di wilayah itu.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Disember 2014 @ 5:12 AM


JOKOWI disambut penduduk Papua ketika hadir untuk meraikan sambutan Krismas di wilayah itu, kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19779#sthash.2b7A0q0E.dpuf

No comments:

Post a Comment