Search This Blog

Monday, December 29, 2014

Jerut mati pasangan


Oleh Mohd Firdaus Ibrahim

firdaus_ibrahim@hmetro.com.my
Ampang: Jerut leher sampai mati. Itu tindakan kejam seorang lelaki berusia 33 tahun yang membunuh isterinya berusia 27 tahun di rumah mereka di Bukit Ampang Permai di sini.
Dalam kejadian jam 7 malam kelmarin, suspek kemudiannya meminum racun untuk membunuh diri, namun usahanya itu gagal.
Menurut sumber, pihak Hospital Ampang mulanya menerima seorang pesakit wanita yang tidak sedarkan diri.
“Selepas diberikan rawatan kecemasan, mangsa bagaimanapun maut tidak lama kemudian.
“Hasil bedah siasat segera dilakukan sebelum pihak hospital menemui kesan cekik ataupun jerut di leher mangsa.
“Susulan itu kes berkenaan dibuka semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK), kelmarin,” katanya.
Sumber itu berkata, pegawai penyiasat yang menerima laporan itu segera menjalankan siasatan sebelum menahan suami mangsa yang ketika itu turut dirawat di hospital sama.
“Siasatan awal mendapati si mati dan suspek baru berkahwin enam bulan lalu dan mengalami masalah kewangan serta peribadi,” katanya.
Menurutnya, pemeriksaan polis forensik di rumah mangsa menemui dua helai kain langsir yang dipercayai untuk menjerut isterinya.
“Dia (suspek) kini sedang ditahan reman untuk siasatan,” katanya.
Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Superintendan Mohd Nazri Zawawi mengesahkan kejadian bunuh itu.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Disember 2014 @ 5:17 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19817#sthash.ItaXCyfy.dpuf

No comments:

Post a Comment