Search This Blog

Thursday, December 11, 2014

Isteri jadi pengawal keselamatan



AHLI Dewan Undangan Negeri Panching, Datuk Mohd. Zaili Besar (tengah) menziarahi Rozli Isham (kanan) sambil diperhatikan oleh Siti Khatijah di Perumahan Awam Kos Rendah Panching, Kuantan, Pahang kelmarin.


KUANTAN – Betapa tinggi kasih seorang isteri terhadap suaminya apabila dia sanggup berkorban mencari rezeki de­ngan menjadi seorang pengawal keselamatan selama 12 jam setiap hari bagi menyara keluarga mereka sejak setahun lalu.
Siti Khatijah Abdul Manaf, 41, yang tidak pernah merungut menggalas tugas sebagai ketua keluarga itu selepas suaminya, Rozli Isham Nordin, 43, disahkan menghidapi kanser paru-paru tahap empat selain mempunyai masalah ketumbuhan di otak.
Dengan gaji RM1,200 sebulan, Siti Khatijah begitu cermat sekali menggunakan pendapatannya itu untuk keperluan lapan orang anaknya yang berusia tiga hingga 18 tahun selain tuntutan per­belanjaan perubatan suaminya.
Cerita malang menimpa keluarga itu bermula selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu apabila Rozli Isham yang bekerja sebagai pengawal ke­se­la­­matan menjalani pemeriksaan di Hospital Tengku Am­puan Af­zan disahkan menghidap kanser dan ketumbuhan otak.
“Sejak itu, dia tidak lagi boleh bekerja, malah berjalan pun terpaksa dibantu orang lain. Terdetik dalam diri saya untuk menambah pendapatan keluarga dengan menjual kuih, namun tidak kesampaian ekoran tiada masa kerana bekerja dan menjaga suami serta anak-anak yang masih kecil.
“Walaupun penat, saya perlu tabah berdepan dugaan ini bagi memastikan kehidupan harian ke­luarga tidak terjejas. Alhamdulillah, saya masih mampu bertahan, namun kadang kala keadaan sedikit mendesak kerana kos perubatan suami agak tinggi,” katanya ketika ditemui Kosmo! di kediaman­nya di Perumahan Awam Kos Rendah Panching di sini kelmarin.
Orang ramai yang bersimpati dan ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Siti di talian 013-7831 370.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1211&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3LXyb3AyQ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment