Search This Blog

Wednesday, December 3, 2014

Guru Kanada nafi cabul murid tadika

Jakarta: Seorang guru warga Kanada dan pembantu pengajar warga tempatan mula dibicarakan semalam atas tuduhan melakukan penderaan seksual terhadap seorang murid tadika di sekolah antarabangsa yang berprestij.
Neil Bantleman dan Ferdinant Tjiong yang ditahan sejak Julai lalu menegaskan mereka tidak bersalah malah turut mendapat sokongan rakan guru dan pengetua Sekolah Antarabangsa Jakarta.
Kira-kira 60 guru dan ibu bapa murid sekolah itu memprotes kes berkenaan di luar Mahkamah Daerah Jakarta Selatan semalam.
“Bebaskan mereka yang tidak bersalah. Kami menyokong anda Neil dan Ferdi. Kami percayakan kamu,” antara kata-kata dilaungkan kumpulan itu.
Bantleman dan Ferdinant dibicarakan secara berasingan dalam prosiding tertutup. Tuduhan dibacakan terhadap mereka semalam namun tiada pengakuan direkodkan.
Enam tukang cuci di sekolah itu turut didakwa atas tuduhan sama. Seorang daripada mereka mati di dalam tahanan.
Penyokong Bantleman dan Ferdinant berkata mangsa yang hanya berusia enam tahun ketika kejadian disoal anggota polis tidak berpengalaman.
Penderaan itu didakwa dilakukan di dalam bilik darjah ketika waktu persekolahan. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Disember 2014 @ 7:31 AM




Bantleman (kanan) dan Ferdinant dibawa ke mahkamah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/13614#sthash.ZAYK2mrQ.dpuf

No comments:

Post a Comment