Search This Blog

Monday, December 1, 2014

Gagal curi ketika elektrik putus


Miri: Cubaan seorang lelaki memecah masuk sebuah rumah ketika bekalan elektrik terputus tidak menjadi apabila perbuatannya itu dikesan pemilik kediaman itu dalam kejadian di Jalan Jee Foh, di sini, semalam.
Sumber berkata, ketika kejadian jam 1 pagi itu, mangsa berusia 36 tahun segera menghubungi polis dan sebaik ketibaan anggota Unit Kereta Peronda (MPV), penjenayah terbabit melarikan diri.
Katanya, pemilik rumah menyedari kehadiran lelaki berkenaan ketika terjaga dari tidur kerana bekalan elektrik terputus setengah jam sebelum itu.
“Ketika menyedari kehadiran suspek, mangsa secara senyap-senyap menghubungi talian kecemasan mendapatkan bantuan sebelum dua anggota MPV tiba di tempat kejadian.
“Suspek bagaimanapun melarikan diri melalui pintu hadapan rumah itu sebaik menyedari kehadiran kereta peronda polis,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, penjenayah dipercayai gagal mendapat sebarang berharga selepas mangsa membuat pemeriksaan lanjut.
Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, jurucakap polis berkata pihaknya menerima laporan kes itu.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Disember 2014 @ 5:11 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/13222#sthash.vHju0647.dpuf

No comments:

Post a Comment