Feri Norman Atlantik yang membawa 466 penumpang dilaporkan terbakar di perairan Greece, semalam.
Feri Norman Atlantik yang membawa 466 penumpang dilaporkan terbakar di perairan Greece, semalam.
ATHENS - GREECE . Sebuah feri yang membawa 466 penumpang dari Greece ke Itali terbakar, semalam.

Kebakaran berlaku di dek kereta feri menyebabkan pihak berkuasa mengarahkan penumpang dipindahkan.

Kapal berhampiran diarahkan mengambil penumpang dan anak kapal dari feri Norman Atlantic di barat Pulau Corfu.

Laporan CNN berkata, pasukan penyelamat mengalami kesukaran menghampiri feri berkenaan disebabkan keadaan angin kencang dan laut bergelora.
Tiada kehilangan nyawa dilaporkan (setakan 10 malam).

Sementara itu seorang penumpang, Nikos Papatheodosiou sempat menghubungi stesen televisyen Greece dan memberitahu situasi dalam feri berkenaan kelam kabut.

"Feri sedang terbakar dan kami akan tenggelam. Tolong kami, jangan tinggalkan kami," katanya sebelum talian terputus.

Menteri Pengangkutan, Miltiadis Varvitsiotis berkata keadaan cuaca buruk menyukarkan operasi menyelamat.

Varvitsiotis bagaimanapun enggan mengesahkan laporan awal bahawa 130 mangsa telah diselamatkan. - Reuters