Menurut pengawal pantai, sebuah kapal yang berada di perairan Pulau Othonoi bergegas ke tempat kejadian memberikan bantuan kepada feri Norman Atlantic selepas menerima isyarat kecemasan.
Kira-kira 55 penumpang berjaya dipindahkan ke sebuah kapal lain, manakala 150 yang lain di-selamatkan dengan bot penyelamat.
Pasukan penyelamat berkata, kebakaran itu berpunca dari tempat letak kereta di feri tersebut yang menempatkan kira-kira 200 buah kenderaan.
Menteri Pertahanan Greece, Nikos Dendias berkata, pihak berkuasa Itali telah dihubungi untuk membantu operasi menyelamat dan kini telah mengambil alih operasi menyelamat feri berkenaan.
“Kasut kami cair ketika berada di tempat menyambut tetamu,” kata seorang penumpang kepada saluran televisyen Greece, Mega network.
Kejadian itu berlaku ketika feri Norman Atlantic dalam perjalanan dari Pelabuhan Patras di Greece pada kira-kira pukul 5.30 pagi (3.30 petang waktu tempatan) menuju ke Pelabuhan Ancona di Itali.
Kerja-kerja menyelamat menghadapi kesukaran, ekoran cuaca buruk dan angin kencang di perairan itu. – AFP