Search This Blog

Thursday, December 11, 2014

Elak tersentuh rumpai miang Mexico



INILAH gambar rumpai miang Mexico yang boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan manusia dan haiwan.


KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan agar mengelakkan diri daripada terdedah atau tersentuh ‘rumpai miang Mexico’ atau istilah saintifiknya parthenium hysterophorus kerana ia boleh menyebabkan alahan terutamanya terhadap kanak-kanak dan orang tua.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah (gambar) berkata, rumpai miang Mexico mempunyai bahan kimia pada debunga, bahagian akar, daun dan batangnya yang dikenal pasti boleh memberi kesan terhadap kesihatan manusia.
“Namun tidak semua mereka yang terdedah kepada rumpai itu me­ngalami alahan. Sesetengah orang mengalami gejala (alahan) apabila pendedahan berterusan dan berulang kali.
“Gejala tindak balas alahan adalah seperti ruam kulit, kulit menggelupas, gatal pada kulit, mata bengkak, alahan rinitis serta gangguan kepada sistem pernafasan seperti selesema dan asma,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1211&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3LXyPQw6o 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment