Search This Blog

Monday, December 1, 2014

Dua maut bantah keputusan mahkamah
1 Disember 2014
Seorang penunjuk perasaan terbaring dan berlumuran darah selepas ditembak pasukan keselamatan Mesir.
Seorang penunjuk perasaan terbaring dan berlumuran darah selepas ditembak pasukan keselamatan Mesir. Seorang penunjuk perasaan terbaring dan berlumuran darah selepas ditembak pasukan keselamatan Mesir.

KAHERAH - MESIR. Sekurang-kurangnya dua penduduk maut apabila pasukan keselamatan Mesir menyerang kumpulan penunjuk perasaan yang berkumpul di Dataran Tahrir, kelmarin.

Perhimpunan itu bagi membantah keputusan mahkamah yang menggugurkan tuduhan membunuh terhadap bekas presiden yang digulingkan, Hosni Mubarak.

Media tempatan melaporkan, sembilan penunjuk perasaan turut cedera manakala beratus-ratus yang lain ditahan.

Memetik laporan Press TV, menurut saksi, kenderaan berperisai serta polis anti rusuhan menutup pintu masuk ke Dataran Tahrir pada sebelah petang.

Beberapa jam sebelum itu, mahkamah Mesir menggugurkan tuduhan membunuh terhadap Mubarak, berhubung pembunuhan penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat pada 2011.

Mahkamah sama juga membebaskan Mubarak daripada satu pertuduhan rasuah melibatkan eksport gas ke Israel.

No comments:

Post a Comment