Search This Blog

Thursday, December 11, 2014

Dua kali jadi mangsa


Kuala Lumpur: “Saya tidak pernah memohon kad kredit. Tak sangka pula MyKad saya diguna orang lain untuk tujuan itu dan ia saya sedari selepas cuba membuka akaun di sebuah bank beberapa tahun lalu.”

Demikian kata wanita mahu dikenali sebagai Azura, 40-an, seorang daripada mangsa penipuan menggunakan MyKad milik orang lain.

Azura berkata, dia terkejut apabila kakitangan bank berkenaan memberitahu namanya disenarai hitam kerana tidak membayar bayaran ansuran penggunaan kad kredit.

“Saya yakin masalah ini berpunca daripada MyKad saya yang pernah hilang. Tapi itu kes lama, saya juga sudah mendapatkan kad pengenalan baru, namun yang memeningkan kepala, kini saya terpaksa menanggung beban yang dibuat orang lain,” katanya.

Azura antara mangsa yang membuat aduan kepada Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong selepas diburu beberapa bank kerana gagal menjelaskan pinjaman pembelian rumah dan kad kredit yang tidak pernah digunakan.

Katanya, menurut rekod bank, dia mempunyai tunggakan hutang kad kredit sejak lapan tahun lalu berjumlah lebih RM20,000 sedangkan pendapatannya tidak sampai RM800 dan tidak layak memohon.

“Bukan hanya sekali, malah saya turut dihubungi seorang pegawai bank berhubung satu lagi pinjaman rumah berjumlah hampir RM100,000 dibuat seorang pemohon menggunakan kad pengenalan saya.

“Saya tidak tahu bagaimana individu itu boleh mendapat kelulusan membuat pinjaman dan memohon kad kredit menggunakan identiti saya. Tanpa sebab, saya pula menanggung hutang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 8:54 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15374#sthash.bW91JoU0.dpuf

No comments:

Post a Comment