Search This Blog

Sunday, December 7, 2014

Dicekup ketika hantar barang curi


London: Seorang lelaki merompak rumah yang salah dan kemudian ditangkap ketika kembali untuk memulangkan komputer riba yang dicurinya.

Sebuah mahkamah di Methyr Tydfil diberitahu semalam, Gareth James, 41, percaya dia memecah masuk rumah seorang lelaki yang berhutang dengannya.

Dia hanya menyedari dia tersilap rumah selepas membuka komputer berkenaan dan melihat nama pemilik rumah dan komputer itu.

Pendakwa raya berkata: “Dia (James) mengaku melakukan kesilapan itu kepada seorang pelayan bar. Dia mengaku melakukan sesuatu yang bodoh dan malu merompak salah orang.”

James kemudian pergi ke rumah itu semula melalui pintu depan untuk memulangkan komputer berkenaan. Bagaimanapun dia ditangkap oleh tuan rumah terbabit.

Kerana perbuatannya itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tertunda selama empat bulan dan mengarahnya menyertai program kemahiran berfikir.
- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Disember 2014 @ 5:03 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/14380#sthash.KFrT9hgJ.dpuf

No comments:

Post a Comment