Search This Blog

Thursday, December 11, 2014

Dicekup curi bateri pencawang



Abd. RAHIM memeriksa bateri pencawang komunikasi yang dicuri di Kubang Pasu semalam.


JITRA – Dua bekas pekerja sub kontraktor syarikat Telekom Malaysia (TM) ditahan ketika mencuri lapan biji bateri pencawang komunikasi Maxis di Bukit Tinggi di sini Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd. Rahim Abdullah berkata, tangkapan dilakukan pada pukul 5.45 petang hasil maklumat daripada pekerja syarikat telekomunikasi itu yang menyaksikan kejadian tersebut.
Katanya, ketika serbuan, dua lelaki berusia 32 dan 35 tahun itu sedang mengangkat bateri tersebut untuk dimasukkan ke dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang disewa.
“Lapan biji bateri jenis MSB 12V-200AH itu dianggarkan bernilai RM6,400 dan siasatan lanjut mendapati suspek telah melakukan kegiatan mencuri di sekitar Alor Setar dan Sik, Arau dan Kangar di Perlis sejak setahun iaitu selepas mereka berhenti kerja.
“Polis turut merampas pelbagai kunci, peralatan untuk mengumpil, alat menggerudi dan mesin canai yang digunakan untuk memecah masuk ke kawasan pencawang yang berpagar,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1211&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3LXxwhuu6 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment