Search This Blog

Thursday, December 11, 2014

Curi bateri di pencawang Bukit Tinggi


Oleh Zuliaty Zulkiffli

am@hmetro.com.my

Jitra: Polis menahan dua lelaki kerana dipercayai terbabit mencuri lapan bateri milik syarikat telekomunikasi di pencawang di Bukit Tinggi, Kepala Batas, di sini, Jumaat lalu.
Kedua-dua suspek berusia 32 dan 35 tahun itu dikatakan menjalankan kegiatan berkenaan sejak setahun lalu.
Kejadian itu disedari kakitangan syarikat terbabit ketika membuat rondaan 5.30 petang sebelum membuat laporan polis selepas mendapati kedua-dua suspek dalam keadaan mencurigakan.
Berikutan itu, sepasukan anggota polis kemudian menahan suspek ketika sedang memasukkan barang ke dalam kereta.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, polis turut merampas mesin canai, pelbagai jenis kunci dan peralatan pecah rumah yang dibawa suspek.
Katanya, kedua-dua suspek kini ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Disember 2014 @ 4:07 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15155#sthash.r48pbgeo.dpuf

No comments:

Post a Comment