Search This Blog

Monday, December 29, 2014

Bimbang lelaki makan daging mentah


Bangkok: Pasukan keselamatan dikerah berjaga-jaga di sebuah kampung di daerah Mae Ramat di wilayah Tak semalam untuk mententeramkan penduduk tempatan yang bimbang kemungkinan seorang lelaki yang memakan haiwan mentah kembali ke kampung itu.
Gabenor Tak, Somchai Hathayatanti berkata, dia mengerah tentera dan sukarelawan pertahanan ke kampung berkenaan selepas menerima aduan daripada penduduk dan sami di situ yang khuatir lelaki Myanmar, Mokhalai, 25, akan muncul semula.
Lelaki dari suku kaum Karen itu sebelum ini ditahan kerana membunuh anjing dan kucing, mencincang bangkai haiwan itu dan memakannya mentah-mentah di dalam tandas sebuah kuil tempatan.
Selepas ditangkap, pihak berkuasa hanya menghantarnya menyeberang sempadan Sungai Moei ke Myanmar.
Ketua sami Phra Athikan Sahas Phathraphuttho, berkata, penduduk kampung yang takut lelaki itu kembali ke kampung berkenaan tidak berani keluar rumah waktu malam.
Seorang penduduk Paithoon Kaesinual berkata, penduduk kampung bimbang lelaki itu akan menyerang kanak-kanak tempatan selepas pihak berkuasa enggan mendakwa atau menahan lelaki itu. - Agensi


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Disember 2014 @ 5:11 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19773#sthash.xZxkqOgO.dpuf

No comments:

Post a Comment