Search This Blog

Thursday, December 11, 2014

Bebas selepas 182 hari

Oleh Ardyhansah Amat

ardyhansah@hmetro.com.my
Kota Kinabalu: Selepas 182 hari menjadi tebusan penculik, akhirnya penternak ikan, Chan Sai Chuin, 32, selamat menjejakkan kaki ke negeri ini selepas dibawa pulang pasukan penyelamat dan tiba di Sandakan pada jam 6.45 pagi, semalam.
Difahamkan, mangsa sudah bertemu dengan isterinya di Hospital Duchess of Kent (HDOK) dan dilaporkan dalam keadaan sihat dan stabil.
Mangsa dikatakan dibawa pulang menggunakan bot laju dari selatan Filipina dengan kawalan ketat pasukan keselamatan sebelum terus dikejarkan ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Berita mengenai pembebasan Chan disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi aplikasi WhatsApp kepada media di ibu negara, semalam.
Bagaimanapun, sebelum itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abd Rahman ketika dihubungi enggan mengulas lanjut sambil memberitahu tiada sidang media akan dilakukan mengenai perkara itu.
Menurutnya, hal itu berikutan arahan ‘pihak atasan’ yang enggan mengulas mengenai pembebasan penternak ikan yang berasal dari Ipoh, Perak.
Isteri mangsa, Chik Pek Nyen, 42, ketika dihubungi pula mendakwa ‘tidak menerima sebarang maklumat’ berhubung pembebasan suaminya selepas mengakui kepala suaminya dipenggal jika kumpulan penculik tidak menerima wang tunai RM3 juta pada sidang media dibuatnya pada 31 Oktober lalu.
“Ramai pihak menghubungi saya hari ini (semalam) bertanyakan perkara itu (pembebasan), namun saya tidak dimaklumkan mengenainya oleh pihak berkuasa.
“Saya akan menghubungi anda (wartawan) jika ada sebarang perkembangan lanjut,” katanya.
Pada 16 Jun lalu, Chan diculik sekumpulan lelaki bersenjata di pusat penternakan ikan dalam sangkar di Kampung Sapang Air, Kunak, kira-kira jam 12.30 tengah malam sebelum dilarikan ke selatan Filipina.
Menurut isteri mangsa, penculik ada menghubunginya lebih 200 kali termasuk menuntut bayaran RM10 juta sebelum bersetuju menurunkannya kepada RM3 juta sebagai syarat pembebasan.
Chik kemudian terpaksa membuat sidang media apabila penculik memberikan tempoh hingga November lalu untuk membayar wang tebusan itu atau kepala suaminya dipenggal.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 8:59 AM


KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, SAC Omar Mammah menunjukkan gambar Chan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Kota Kinabalu pada 16 Jun lalu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15379#sthash.nsDxWg4T.dpuf

No comments:

Post a Comment