Ardyhansah Amat
am@hmetro.com.my
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15161#sthash.ZCZlVUBs.dpuf
am@hmetro.com.my
Kota Kinabalu: Penternak ikan Chan Sai Chiun, 32, yang diculik sekumpulan penjenayah bersenjata di Kunak 16 Jun lalu, dibebaskan selepas 182 hari menjadi tawanan di selatan Filipina.
Menurut sumber, mangsa selamat tiba di Sandakan 6.45 pagi tadi menaiki bot laju diiringi pasukan keselamatan bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.
Bagaimanapun, isteri mangsa Chin Pek Nyen, ketika dihubungi hari ini memaklumkan belum menerima sebarang maklumat berhubung pembebasan suaminya.
"Ramai yang menghubungi saya hari ini bertanyakan perkara yang sama.
"Namun saya tidak dapat memastikan sejauh mana perkara itu kerana belum mendapat sebarang maklumat dari pihak berkuasa.
"Apa-apapun, jika berita mengenainya benar, saya sangat bersyukur kerana suami akhirnya dibebaskan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Disember 2014 @ 6:18 PM
No comments:
Post a Comment