Search This Blog

Thursday, December 11, 2014

Bapa disyaki bunuh anak OKU direman tujuh hari


Parit Buntar: Seorang bapa yang dipercayai mengalami tekanan jiwa dan menjadi suspek utama kes bunuh anaknya yang juga orang kelainan upaya (OKU) di Jalan Terusan, Simpang Lima, direman tujuh hari, semalam.
Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, suspek berusia 46 tahun yang sedar daripada pengsan ketika dirawat di Hospital Parit Buntar (HPB) tengah hari kelmarin, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, lelaki itu yang juga pesara tentera akan disoal siasat membabitkan kes bunuh anak lelaki sulungnya, Ahmad Solehin Abdul Harif, 21, yang ditemui mati dengan kesan jerutan di leher di rumah mereka di Jalan Terusan, Simpang Lima di sini.
“Kita terpaksa mendapatkan perintah tahanan reman dari mahkamah hari ini (semalam) bagi membolehkan siasatan lanjut ke atasnya kerana ketika soal siasat suspek seperti dalam keadaan tidak normal selain sering memberikan keterangan bercanggah berbanding pengakuan asalnya.
“Siasatan berhubung motif sebenar pembunuhan masih dijalankan dan kita belum mengetahui punca sebenar suspek pengsan ketika dia ditemui di sebelah mayat anaknya,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 9:00 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15381#sthash.04ktFYId.dpuf

No comments:

Post a Comment