Search This Blog

Thursday, December 11, 2014

Bantuan untuk mangsa Hagupit

Manila: Pihak berkuasa Filipina dan agensi bantuan semalam bergegas menghantar bantuan kepada ratusan ribu mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat taufan Hagupit.
Pesawat kargo tentera dijangka membuat lapan penghantaran ke tempat paling teruk terjejas - Samar, sebuah pulau di tengah negara itu yang didiami petani miskin, sementara dua konvoi pasukan Palang Merah akan menghantar ribuan bungkisan makanan, pembersih air dan selimut, kata pegawai.
“Kami berusaha menghantar bantuan makanan khususnya ke kawasan terpencil seperti di kawasan pergunungan. Kami cuba menghantar semuanya hari ini (semalam),” kata Menteri Kebajikan Sosial Corazon Soliman.
Kira-kira 390,000 penduduk, kebanyakannya di Samar memerlukan bantuan makanan dan tempat tinggal sementara, kata pengerusi Palang Merah Filipina Richard Gordon.
Hagupit yang mula melanda Filipina dengan angin selaju 210 kilometer sejam awal Ahad lalu meragut lebih 24 nyawa.
Menteri Dalam Negeri Manuel Roxas berkata, sekurang-sekurangnya 200,000 penduduk Samar memerlukan bantuan. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 5:09 AM


SEORANG wanita bersama-sama anak yang baru dilahirkannya diangkut mengguna sampan dari bandar San Julian di Pulau Samar, kawasan paling teruk terjejas akibat Taufan Hagupit, untuk mendapat rawatan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15267#sthash.4HpGXIgS.dpuf

No comments:

Post a Comment