Search This Blog

Monday, December 29, 2014

Bantuan tidak sampai pada mangsa banjir kerana masalah pengangkutan

Berita baik: Air banjir mula surut dan Kelantan tidak ditimpa hujan semalam walaupun bilangan mereka di pusat pemindahan meningkat kepada 134,139 mangsa malam tadi. Berita buruk: Ramai penduudk kampung terperangkap tanpa bekalan, elektrik atau wang untuk membeli barang keperluan seperti lilin atau makanan dalam tin kerana banyak jalan tidak dapat dilalui pengangkutan darat di kebanyakan tempat. "Kelam kabut di sini," kata seorang pekerja mengagihkan bantuan kepada The Malaysian Insider ketika beliau menunggu ketibaan bot bagi mengedarkan air minuman, biskut dan makanan dalam tin di Kota Baru semalam.  Katanya, sesetengah pusat pemindahan turut dinaiki air dan tidak dapat menyediakan bantuan makanan kepada mangsa banjir, ramai yang pulang dengan tangan kosong kerana kehabisan bekalan. "Tiada penyelarasan, tiada pengurusan yang baik ketika bencana ini. "Satu perkara saya boleh kata dari tempat bencana ini terjadi, pihak berkuasa kita tidak bersedia menghadapi bencana negara ini. Entah bila kita akan bersedia" katanya. Bertan-tan bekalan makanan dan air diterbangkan ke Kota Baru menggunakan pesawat komersial dan tentera sementara rakyat Malaysia di tempat lain juga menyumbang bekalan yang diangkut dengan lori ke kawasan dilanda banjir di pantai timur.


No comments:

Post a Comment