Search This Blog

Monday, December 1, 2014

Ajal dihimpit ke tiang


Oleh Yusmawati Mhd Yusof
MANGSA meninggal dunia di tempat kejadian. FOTO ihsan pembaca Harian Metro 
MANGSA dipercayai cuba menghidupkan enjin van sebelum dihimpat ke tiang konkrit. FOTO ihsan pembaca Harian Metro 
MANGSA tersepit antara pintu van dan tiang konkrit di bangunan MAIM. FOTO ihsan pembaca Harian Metro 
yusmawati_yusof@hmetro.com.my

Melaka: Seorang lelaki maut selepas tersepit pada tiang konkrit apabila menghidupkan sebuah van dari luar di perkarangan lobi bangunan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di sini, petang semalam.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 6.40 petang itu Norazam Abd Razak, 41, berdiri di luar pintu van dan dikatakan cuba menghidupkan enjin kenderaan berkenaan dari luar apabila ia melonjak ke depan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, mangsa dipercayai tidak tahu gear van itu tidak berada dalam keadaan neutral.
"Ia mengakibatkan kenderaan berkenaan berganjak ke depan dan mangsa tersepit antara pintu van dengan tiang konkrit berkenaan.
"Mangsa yang cedera di dada meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 November 2014 @ 3:39 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/13066#foto

No comments:

Post a Comment