Search This Blog

Monday, December 29, 2014

'Air banjir kelihatan seperti laut'

MACHANG - Paras air yang meningkat dengan cepat di sekitar  Sungai Kelantan memaksa mangsa banjir berpindah dua kali bagi menyelamatkan nyawa mereka. Seorang mangsa, Tuan Suzana Engku Mohamad berkata, pada petang Rabu, dia dan keluarga berpindah ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kelaweh, dekat sini namun terpaksa dipindahkan ke SK Machang 2 pada Jumaat lalu apabila air dikatakan naik mendadak dan tempat pemindahan tidak lagi selamat. Menurutnya, dia berpindah ke SK Kelaweh menggunakan perahu penduduk kampung apabila air naik hingga ke paras lutut orang dewasa di dalam rumahnya kira-kira jam 8 malam. “Saya dan keluarga tidak berpindah lebih awal kerana biasanya air tidak naik ke kawasan rumah kami.  Namun kali ini keadaannya luar biasa dan diluar jangkaan kami,” katanya yang tinggal di Kampung Pangkal Berangan, dekat sini, semalam. Tuan Suzana yang ditemui di pusat pemindahan banjir SK Machang 2 berkata, pengalaman menaiki bot pada waktu malam begitu mencemaskan memandangkan air banjir itu kelihatan seperti laut. Tuan Suzana berkata, pengalaman itu menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan dalam hidupnya sampai bila-bila. Tambahnya, dia dan keluarga tidak sempat menyelamatkan apa-apa barangan termasuk kelengkapan persekolahan dua anaknya. “Saya berhabis hampir RM500  bagi membeli kelengkapan dua anak yang masih dibangku sekolah minggu lalu sebagai persediaan awal. “Rumah saya tenggelam dan hari ini (semalam) ada orang beritahu dah nampak bumbung. Saya tidak tahu nak buat apa cuma berserah dan bersabar menghadapinya lagipun bukan saya sahaja yang menghadapi dugaan ini, hampir semua jiran-jiran juga mengalami nasib yang sama,” katanya yang turut sama membantu menyediakan makanan kepada mangsa banjir bagi sama-sama meringankan kesusahan mangsa banjir. Selain rumah, kereta yang diletakkan di SK Kelaweh turut tenggelam apabila gagal diselamatkan suaminya. Katanya, pelbagai cabaran dihadapi mangsa banjir selain kehilangan harta benda di mana mereka terpaksa bergelap dan tidak dapat menghubungi ahli keluarga apabila semua.perkhidmatan itu mengalami gangguan akibat banjir.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

No comments:

Post a Comment