Search This Blog

Thursday, December 11, 2014

727 pejuang mati dalam konflik IS


Sulaimaniyah, Iraq: Pemerintah wilayah autonomi Kurdis di Iraq semalam berkata, 727 pejuangnya terbunuh dalam konflik dengan Negara Islam (IS) sejak militan terbabit melancarkan serangan Jun lalu.
Dalam kenyataan dikeluarkan peshmerga (tentera Kurdis) itu, kerajaan mendakwa 3,564 anggota keselamatan mereka cedera dalam tempoh enam bulan.
“Antara yang maut dan cedera termasuk pegawai tentera serta anggota agensi perisikan Asayish, selain polis dan beberapa veteran peshmerga,” kata kenyataan itu.
Menurut Kementerian Peshmerga Kurdis, jumlah itu untuk tempoh enam bulan bermula 10 Jun lalu - sehari selepas militan IS menguasai sebahagian besar kawasan Syria dan menyerang Iraq.
Kali terakhir kerajaan Kurdis mengeluarkan laporan sama pada 8 Ogos lalu apabila Ketua Staf Presiden, Fuad Hussein, mengumumkan 150 peshmerga maut bertempur dengan IS.- AFP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Disember 2014 @ 5:07 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15250#sthash.ckG0K52L.dpuf

No comments:

Post a Comment