Search This Blog

Sunday, December 7, 2014

600,000 pindah

Manila: Dengan dihantui kemusnahan yang disebabkan Taufan Haiyan tahun lalu, lebih 600,000 rakyat Filipina meninggalkan kediaman masing-masing untuk berlindung di tempat lebih selamat sebagai persediaan menghadapi satu lagi taufan.
Taufan Hagupit dijangka membadai tengah negara itu pagi ini dan beberapa bahagian lain yang pernah dilanda Haiyan yang menyebabkan 7,300 orang terbunuh November tahun lalu.
Taufan Hagupit dilapor lemah sedikit semalam, tetapi dipercayai tetap berbahaya.
“Kami berjaga-jaga sepenuhnya. Seluruh anggota tentera dikerah untuk membuat persiapan menghulurkan bantuan,” kata panglima tentera Jeneral Gregorio Pio Catapang kepada wartawan selepas mesyuarat membincangkan persiapan terakhir.
Tentera juga dikerah mengawal pasar raya dan jalan utama di wilayah yang mungkin dibadai Hagupit bagi menghalang sebarang kegiatan menjarah dan menangani huru-hara yang mungkin tercetus, kata Catapang.
Meskipun tidak sekuat Haiyan, pegawai kaji cuaca berkata, angin kencang selaju 185 kilometer sejam dibawa Hagupit cukup kuat untuk menyebabkan ribut petir dan tanah runtuh serta mengakibatkan kerosakan besar kepada kemudahan awam dan pertanian.
Di Tacloban, tempat ribuan penduduk terbunuh dan banyak kampung musnah selepas Haiyan melanda tahun lalu, berita mengenai ketibaan Hagupit menghantui ramai penduduk yang terselamat.
Sebahagian besar mereka berpindah lebih awal untuk berlindung di kawasan lebih selamat seperti stadium dan gereja.
“Saya bimbang. Saya banyak berdoa supaya tidak lagi ditimpa bencana. Kami masih berusaha bangkit selepas kejadian tahun lalu,” kata Jojo Moro, antara yang terselamat dalam Taufan Haiyan.
Peniaga berusia 42 tahun itu yang kehilangan isteri, anak dan ibu apabila Haiyan membadai bandar Tacloban, mengumpulkan makanan seperti sardin, mi segera, telur dan air sebagai persiapan menghadapi Hagupit.
Lebih 600,000 penduduk dipindahkan ke tempat selamat di
Tacloban sementara pihak berkuasa membatalkan 100 penerbangan domestik.
Perkhidmatan feri antara pulau pula digantung menyebabkan ramai pengguna terkandas. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Disember 2014 @ 5:12 AM


RATUSAN penduduk berlindung di sebuah dewan di bandar Surigao, tengah Filipina, semalam untuk berlindung daripada Taufan Hagupit.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/14428#sthash.aKZCHHGw.dpuf

No comments:

Post a Comment