Search This Blog

Thursday, December 11, 2014

45 warga asing terkedu diserbu



SHAIKH ABDUL ADZIS (tiga dari kiri) memeriksa dokumen perjalanan warga asing sambil diperhatikan oleh Mohd. Yusof (dua dari kiri) ketika serbuan di rumah kongsi di tapak pembinaan perumahan resort Ayer Keroh, Melaka semalam.


MELAKA – Seramai 45 warga asing yang baru bersiap-siap untuk memulakan kerja kontrak terkedu apabila diserbu sepasukan polis dan imigresen di rumah kongsi mereka di sebuah tapak pembinaan perumahan resort Ayer Keroh di sini semalam.
Dalam serbuan kira-kira pukul 7 pagi itu, difahamkan ada sebahagian mereka baru hendak mandi dan bangun daripada tidur termasuk bersiap untuk memulakan kerja-kerja kontrak pada pukul 8 pagi.
Bagaimanapun, seorang lelaki berusia 40-an berjaya meloloskan diri selepas memanjat tebing dan pagar setinggi kira-kira sembilan meter berdekatan rumah kongsi itu ketika serbuan dilakukan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, hasil pemeriksaan mendapati 13 daripada 45 warga asing itu melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
“Kesemua 13 orang yang ditahan itu berusia antara 25 hingga 35 tahun yang terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita dengan lima lelaki warga Bangladesh serta lapan warga Indonesia termasuk wanita berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1211&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3LXyGAOs0 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment