Search This Blog

Wednesday, December 3, 2014

36 pekerja kuari ditembak mati

Mogadishu: Pemberontak Shebab semalam menembak mati 36 pekerja kuari di timur laut Kenya dan berikrar ‘tidak berkompromi, tidak berhenti, dan terus bertindak kejam’ untuk menentang kepemimpinan negara itu.

Jurucakap Shebab, Sheikh Ali Mohamud Rage, berkata, serangan briged Saleh Nabhan pada tengah malam itu mengakibatkan kematian hampir 40 ‘salibi’ di Koromei berhampiran Mandera.
“Kejadian terbaru ini sebahagian daripada beberapa siri serangan dirancang dan dilaksanakan sebagai tindak balas terhadap rampasan tanah penduduk Muslim dan kekejaman lain dilakukan terhadap kami seperti serangan udara yang mengorbankan nyawa orang tidak bersalah, harta dan ternakan.
“Kami akan terus mempertahankan hak Muslim selagi Kenya meneruskan penjajahan di tanah Islam, membunuh orang yang tidak berdosa dan bertindak melampaui batas,” katanya. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Disember 2014 @ 7:24 AM

No comments:

Post a Comment