Pasukan penyelamat membawa keluar mayat penduduk yang tertimbus di kampung Jemblung di daerah Banjanegara.
Pasukan penyelamat membawa keluar mayat penduduk yang tertimbus di kampung Jemblung di daerah Banjanegara.
JEMBLUNG - JAWA TENGAH, Angka kematian akibat tanah runtuh di Jawa Tengah meningkat kepada 51 orang, dengan harapan untuk menemui mangas terselamat semakin tipis.

Difahamkan, 57 orang masih gagal dikesan apabila kediaman mereka di kampung Jemblung ditimbus lumpur, Jumaat lalu.

Operasi mengesan dan mencari mangsa kini memasuki hari ketiga dengan pasukan penyelamat terpaksa menggali tanah lumpur menggunakan tangan dan penyodok.

Lebih 1,000 anggota penyelamat termasuk polis dan tentera terlibat dalam operasi mencari selepas tanah runtuh  melanda kampung berkenaan terletak di lembah dikelilingi bukit.

Sementara itu, Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Negara, Sutopo Purwo Nugroho berkata jentera berat digunakan bagi membersihkan laluan untuk memudahkan pasukan penyelamat masuk ke kawasan bencana.

"Kami menjangkakan akan menemui beberapa lagi mayat sebelum operasi mencari dihentikan sementara," katanya.

Ahad lalu, Presiden Indonesia, Joko Widodo menggesa pihak berkuasa supaya mempercepatkan operasi menyelamat. - Reuters