Pihak berkuasa juga membuka tempat perlindungan sementara di kawasan berdekatan.
Keadaan itu berlaku ketika orang ramai dalam perjalanan menuju ke pergunungan itu atau pulang dari pusat peranginan ski di wilayah Savole, tenggara Perancis pada musim cuti sempena Krismas.
Salji, hujan dan laluan licin menyebabkan seorang lelaki berumur 27 tahun terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabas ke dalam gaung di kawasan pergunungan Belledonne.
Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuve menggesa pemandu supaya berhati-hati ketika memandu di pergunungan itu atau menangguhkan perjalanan mereka.
Perancis mengisytiharkan amaran cuaca peringkat jingga, di 19 wilayah.
Jabatan Meteorologi Perancis menyatakan salji lebat dijangka terus berlanjutan dan meningkatkan tahap kesejukan selain menyebabkan jalan raya licin.
Dalam pada itu, angin kencang sekuat 160 kilometer sejam memaksa penutupan sementara di pelabuhan Calais, Perancis di Terusan Inggeris dan menangguhkan perkhidmatan feri ke Britain. – AFP