Search This Blog

Monday, December 1, 2014

15 maut dalam ‘serangan pengganas’ di Xinjiang


Beijing: Seramai 15 orang terbunuh dan 14 lagi parah dalam ‘serangan pengganas’ di wilayah Xinjiang, yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Rangkaian berita CCTV semalam melaporkan, serangan di Shache Jumaat lalu itu turut melihat 11 ‘pengganas’ ditembak mati.
Agensi berita Xinhua melaporkan sekumpulan lelaki bersenjata pisau membaling letupan dan menyerang orang ramai di sebuah jalan di kawasan perniagaan sibuk.
Polis yang kebetulan membuat rondaan di situ menembak mati 11 suspek turut merampas pelbagai senjata seperti pisau dan kapak, selain bahan letupan.
Mereka yang cedera dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.
Shache - yang turut dikenali sebagai Yarkand dalam bahasa Uighur - pernah dilanda kekacauan pada hujung Ramadan lalu apabila puluhan suspek menyerang orang ramai dan kenderaan ditembak mati polis.
Kejadian terbaru ini menunjukkan keadaan di Xinjiang semakin tegang selepas Beijing mengambil tindakan lebih tegas sejak beberapa bulan lalu dengan menangkap ratusan orang yang dibicarakan di khalayak ramai selain pembunuhan orang yang dikatakan ‘pengganas.’
Serangan terbaru itu berlaku lima hari selepas pelajar ahli akademik Uighur terkenal Ilham Tohti didakwa di mahkamah dalam prosiding rahsia atas tuduhan terbabit dengan aktiviti pemisahan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Disember 2014 @ 5:06 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/13176#sthash.9k9Kk6GH.dpuf

No comments:

Post a Comment