Menurut jurucakap tentera wilayah, Mejar Christian Uy, kejadian itu berlaku ketika bas yang dikendalikan syarikat Rural Transit sedang melalui bandar Maramag di kawasan bergolak Pulau Mindanao.
Jurucakap briged infantri tempatan, Leftenan Norman Tagros berkata, kebanyakan mangsa yang terkorban terdiri daripada pelajar sekolah tinggi yang baru sahaja menaiki bas berkenaan untuk pulang ke rumah.
Katanya lagi, sebaik-baik pelajar menaiki bas berkenaan, bom terus meletup.
Tagros berkata, peras ugut merupakan motif utama dalam kejadian tersebut.
Kejadian itu bukanlah yang pertama berlaku melibatkan syarikat bas berkenaan.
Bulan lalu, sekurang-kurangnya empat orang cedera apabila sebutir bom meletup dalam sebuah bas milik syarikat sama di Mindanao.
Pada 2010, seramai 10 terkorban apabila sebutir bom meletup di dalam bas yang dikendalikan Rural Transit, dipercayai mempunyai kaitan dengan kes peras ugut oleh kumpulan pengganas, Abu Sayyaf. – AFP